Harimau Muda A Bawa Cabaran Malaysia Pada Pesta Bola Merdeka 2013

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Skuad Harimau Muda A akan membawa cabaran Malaysia dalam saingan Pesta Bola Merdeka 2013 yang dijadual berlangsung dari 4 hingga 15 September ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata perkara itu diputuskan kerana dalam tempoh tersebut, skuad Harimau Malaya akan berdepan Uzbekistan dan India dalam aksi perlawanan persahabatan.

"Pasukan Harimau Malaya akan diganti dengan skuad Harimau Muda bawah 23 tahun pimpinan jurulatih Ong Kim Swee untuk saingan Pesta Bola Merdeka," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian taklimat Pengadil Liga Malaysia 2013: 'Prestasi dan Sistem Pengadilan' di sini, Rabu.

Selain Malaysia, beliau berkata Indonesia, Singapura dan Jordan dijangka menyertai kejohanan itu.

"Kita masih menunggu maklum balas daripada tiga pasukan ini...saya jangka kita akan ketahui dalam minggu depan," katanya sambil memberitahu venue kejohanan akan diumumkan tidak lama lagi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan