Guna Saluran Betul Lapor Mutu Pengadilan - FAM

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu menyarankan pasukan negeri dan kelab supaya menggunakan saluran betul dalam melaporkan sebarang perasaan tidak puas hati berhubung mutu pengadilan dalam Liga Malaysia.

Pengerusinya, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata banyak aduan berhubung mutu pengadilan dilaporkan media, namun pihaknya hanya menerima satu aduan rasmi mengenai perkara itu setakat ini.

"Memandangkan banyak publisiti kurang baik mengenai sistem pengadilan dilaporkan baru-baru ini, kami mengadakan satu taklimat untuk memberi penerangan kepada semua pihak bahawa mutu pengadilan yang mereka katakan tidak bermutu bukanlah seperti yang disangkakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Pengadil Liga Malaysia 2013: 'Prestasi dan Sistem Pengadilan', di sini Rabu.

Taklimat dua hari yang dihadiri pengadil dari seluruh negara itu diadakan bertujuan meningkatkan prestasi dan hala tuju pengadil Liga Malaysia.

Astaman berkata sukan bola sepak kini bukan sekadar acara sukan tetapi merupakan satu bentuk perniagaan, justeru pelbagai pihak merasai tekanan sehingga mudah mencari kesalahan daripada aspek pengadilan.

Ditanya sikap pengadil yang dikatakan tidak profesional, beliau berkata setiap pengadil mempunyai perspektif berbeza, namun prestasi mereka akan dinilai pegawai penilai pengadil FAM bagi setiap perlawanan.

"Ramai yang tidak perasan, ada pegawai penilai pengadil yang bertugas pada setiap perlawanan yang menilai pengadil. Mereka juga berpandukan video yang perlu dibekalkan pasukan tuan rumah.

"Saya merasakan sistem pengadilan kita berada pada tahap sederhana, tapi ini tidak bermakna kita harus berpuas hati kerana banyak lagi perkara yang perlu dipertingkatkan," jelasnya.

Tanggungjawab mengadili sesuatu perlawanan itu bukan tugas mudah, kata Astaman sambil berharap semua pihak dapat melihat daripada perspektif lebih luas serta menggunakan platform yang betul dalam membuat aduan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan