Folan Setuju Tinggal T-Team - Abdul Rashid

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain Birmingham City, Caleb Folan bersetuju menamatkan kontrak bersama pasukan T-Team pada saingan Liga Super yang memasuki pusingan kedua bulan depan.

Penyerang kelahiran England berusia 30 tahun itu mengikat kontrak selama setahun dengan skuad 'The Titans' untuk musim 2013 dan selepas 10 perlawanan, pemain itu masih buntu mencari gol.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh berkata, Folan bersetuju untuk meninggalkan pasukan itu setelah gagal membantu pasukan serta menjaringkan sebarang gol dalam 10 perlawanan yang diturunkan.

Status pemain import tidak penting malah misi menjaringkan gol menjadi keutamaan, katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Beliau berkata, mereka kini mencari pemain import baharu bagi menyelamatkan kedudukan pasukan itu yang kini tercorot di tangga ke-11 daripada 12 pasukan dalam Liga Super.

Pasukan kendalian Peter Butler itu mengumpul sembilan mata dengan hanya menjaringkan tiga gol sahaja sepanjang 10 perlawanan setakat ini.

Abdul Rashid berkata, mereka kini sedang menguji Igor Sani, seorang bekas penyerang kelab Centro Desportivi Fatina dari Portugal bagi menggantikan Folan.

Selain Igor, katanya beberapa pemain dari Brazil, Nigeria, Cameroon, Croatia dan Bosnia akan turut menjalani sesi ujian sebelum jendela pendaftaran pemain pusingan kedua dibuka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bulan depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan