Tengku Abdullah Mahu Rajagobal Fokus Piala Asia

Diterbitkan: Ahad, 24 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu pengendali skuad kebangsaan Datuk K.Rajagobal terus memberi fokus terhadap perlawanan bola sepak kelayakan Piala Asia 2015.

Tengku Abdullah berkata Rajagobal perlu terus memberi tumpuan terhadap perlawanan akan datang dalam usaha membawa pasukan Malaysia ke satu lagi tahap antarabangsa.

"Biar dia fokus dalam misi kelayakan Piala Asia ini dahulu. Semua orang harus memberi semangat kepada beliau kerana beliau tahu apa yang perlu dilakukan", titahnya kepada pemberita Ahad.

Tengku Mahkota Pahang itu berharap skuad kebangsaan akan mempertingkatkan lagi corak pemainan, latihan dan pemikiran serta tidak hanya fokus kepada satu perlawanan sahaja.

"Saya perhatikan kejohanan kelayakan Piala Asia ini berada pada tahap yang berbeza daripada Sukan SEA mahupun Piala Suzuki, jadi skuad kebangsaan perlu membuat persiapan yang lebih rapi", titahnya.

Tengku Abdullah turut berharap penyokong akan terus memberi sokongan yang padu kepada skuad kebangsaan pada setiap perlawanan kelayakan Piala Asia akan datang.

"Setiap penyokong dan pemain inginkan kemenangan pada setiap pertandingan, soalnya kemampuan kita untuk menang tapi kalau sudah bermain dengan baik, tapi nasib tak baik untuk menang, sokongan masih perlu diteruskan", titahnya.

Sebelum ini, Malaysia berjaya mengalahkan Yaman 2-1 pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 peringkat Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Jumaat lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan