T-Team Cari Penyerang Import

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas penyerang berbisa Selangor Bosko Balaban antara pemain import yang akan diuji oleh pasukan T-Team bagi memantapkan lagi jentera serangan dalam menghadapi penggal kedua Liga Super.

Pemain Croatia berusia 35 tahun itu dijangka akan diuji minggu depan berikutan reputasi skuad kendalian Peter James Butler yang sukar memghasilkan jaringan gol.

Balaban, yang pernah mewakili beberapa kelab ternama dunia seperti Dinamo Zagreb, Club Brugge dan Aston Villa, pernah menjadi igauan ngeri barisan pertahanan semasa menyarung jersi Selangor apabila menyumbat 12 gol pada musim lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abd. Rasid Jusoh memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa selain Balaban, beberapa pemain dari Brazil, Nigeria, Portugal dan Cameroon akan turut diuji oleh pasukan itu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuka musim kedua pendaftaran pemain pada April ini.

Sepanjang 10 perlawanan saingan Liga Super musim ini, The Titans sekadar meledak tiga gol malah kini menduduki tangga kedua tercorot daripada 12 pasukan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan