Ronaldo Terima Anugerah Alfredo Di Stefano

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ronaldo bersama trofi Alfredo Di Stefano sempena Pemain terbaik La Liga musim lalu.
Ronaldo bersama trofi Alfredo Di Stefano sempena Pemain terbaik La Liga musim lalu.

PENYERANG Real Madrid, Christiano Ronaldo dianugerahkan trofi Alfredo Di Stefano bagi Pemain Terbaik La Liga musim lalu.

Bagaimanapun bintang Madri ini menolak untuk berbincang mengenai masa depannya bersama kelab itu selepas pengurusnya, Jose Mourinho dikhabarkan akan berpindah tamat musim ini.

Pemain antarabangsa Portugal ini menjadi ayam tambatan Madrid setelah membantu menewaskan Barcelona buat kali pertama sejak tahun 2008.

"Perkara itu dalam perhatian. Kami kini dalam perjalanan akhir piala liga dan turut terlibat dalam Liga Juara-Juara.

"Liga ini sangat sukar tetapi kami perlu berjuang hingga ke saat akhir.

"Isu tersebut terlalu peribadi, dan buat masa sekarang saya hanya mahu menjuarai trofi utama bersama Madrid.

"Bagaimanapun, saya teruja menerima anugerah ini dari Alfredo Di Stefano dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua," jelasnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan