Makaf Hantar Sembilan Peserta Ke Piala Dunia di Slovenia

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menghantar sembilan peserta dan dua jurulatih pada Kejohanan Karate Piala Dunia 2013 di Lasko, Slovenia, bermula esok, menurut Persekutuan Karate Malaysia (Makaf).

Setiausaha Agungnya Vincent Chen Chee Hong berkata selepas kejohanan dunia itu, skuad kebangsaan akan singgah di Hungary untuk mengikuti latihan selama seminggu di sana.

Selepas menimba pengalaman di luar negara, katanya, atlet elit dan pelapis negara akan meneruskan latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini, sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Myanmar 2013, Disember ini.

"Kebanyakan atlet elit bersara awal kerana faktor umur dan masalah kecederaan dan ini menyebabkan kami kekurangan atlet yang mampu menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa," kata Chee Hong kepada Bernama.

Berikutan itu, katanya, Makaf akan meneruskan program latihan bersama antara atlet pelapis dan atlet elit dengan harapan atlet pelapis dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berkata Malaysia perlu mencontohi usaha Indonesia yang sentiasa menghantar ramai bakat baharu mereka menyertai setiap kejohanan dalam dan luar negara untuk tujuan pendedahan.

Mengenai skuad negara ke Sukan SEA Myanmar dari 11 hingga 22 Disember ini, katanya mereka masih belum membuat pemilihan kerana perlu melakukan pemantauan, penilaian dan pencapaian setiap atlet dari masa ke semasa.

Pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia, skuad karate menyumbang empat pingat emas menerusi Shaharudin Jamaludin (Kumite Individu Lelaki bawah 75kg), R. Loganeshaa Rao (Kumite Individu Lelaki bawah 55kg), G. Yamini (Kumite Individu Wanita bawah 61kg) dan K. Teagarajan dalam acara Kumite Individu Lelaki bawah 84kg. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan