Ranking Malaysia Merosot Lima Anak Tangga ke Posisi ke-164

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia turun lima anak tangga ke posisi ke-164 dalam senarai terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.

Walaupun FIFA tidak menyatakan punca kejatuhan skuad kebangsaan, namun boleh diandaikan kekalahan 2-0 kepada Qatar pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2013, 6 Feb lepas, menyebabkan Malaysia kehilangan mata.

Berdasarkan senarai ranking dunia terkini, skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal menghuni tangga ke-164 berbanding 158 pada Januari lepas dan dan tangga ke-159 bulan lepas.

Kedudukan skuad Harimau Malaya itu meletakan pasukan kebangsaan setanding dengan Singapura yang berkongsi tempat dengan Chad pada posisi ke-162 dunia, Kepulauan Maldives (161) dan Bermuda (160).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia jatuh satu anak tangga ke kedudukan keenam di belakang Vietnam (129) Thailand (135), Filipina (145), Myanmar (155) dan Singapura (162). Di peringkat Asia, Malaysia turun lima anak tangga pada kedudukan ke-31 dari 46 negara. Sementara itu, juara Euro 2012 Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,610 mata.

Jerman dan Argentina turut mempertahankan kedudukan selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,473 dan 1,309 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu membabitkan 209 buah negara.

Ranking Malaysia dijangka berubah pada April apabila pasukan negara akan menentang Arab Saudi pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Skuad Harimau Malaya juga akan menentang Yaman pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam pada 22 Mac, sebelum beraksi dalam perlawanan amal persahabatan bertemu Palestin di Stadium Darul Makmur, Pahang pada 26 Mac. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan