Piala AFC: Irfan Kecewa Dengan Pemain Import

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jurulatih Selangor Irfan Bakti Abu Salim kecewa dengan aksi hambar pemain importnya walaupun Francis Forkey Doe menjaringkan dua gol ketika pasukan itu mencapai keputusan seri 3-3 dengan Tampines Rovers FC pada saingan Piala AFC di Stadium Shan Alam, di sini, Rabu malam.

Beliau berkata pemain import pasukan 'Gergasi Merah' itu sepatutnya menunjukkan persembahan yang lebih baik malah menampilkan tahap aksi yang lebih rendah berbanding pemain tempatan.

"Pemain kita hanya menjadi pemerhati sahaja dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika pihak lawan melakukan gerakan," katanya pada sedia media selepas perlawanan kumpuln H di sini.

Walaupun mendahului tiga kali, Selangor gagal mengekalkan rentak dan hilang tumpuan sehingga membolehkan pasukan kelab dari Singapura itu berjaya menyamakan kedudukan untuk berkongsi satu mata.

Irfan Bakti dalam pada itu mengakui sengaja tidak membawa beberapa tonggak utama pasukan seperti S. Kunanlan kerana khuatir mereka akan kepenatan dan bagi mengelak daripada risiko kecederaan.

Pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan, Selangor akan melayan kelab dari Vietnam, Sai Gon Xuan Thanh di Bandaraya Ho Chi Minh pada 3 April ini.

Sementara itu, jurulatih Tampines Rovers Menad Bacina berkata beliau gembira dengan keputusan itu.

"Kami datang ke sini bukan untuk kalah dan kami perlu keputusan yang lebih baik tetapi ia bukan mudah kerana tidak biasa dengan padang di sini," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan