Perlawanan Bola Malaysia-Palestin Untuk Tabung Palestin & Wira Negara

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pasukan bola sepak negara akan berentap dengan pasukan Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 26 Mac ini dalam satu perlawanan amal bola sepak antarabangsa bagi mengutip dana untuk Tabung Bantuan Rakyat Palestin dan Tabung Wira Negara Lahad Datu.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hasil kutipan tiket dan derma, termasuk sumbangan badan swasta bagi menjayakan acara itu, akan dibahagi untuk dua tabung berkenaan.

Beliau meminta orang ramai datang beramai-ramai memeriahkan acara itu sebagai simbolik dalam memapar semangat patriotik di samping menzahirkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.'

Katanya, kejayaan penganjuran perlawanan amal itu akan menyerlahkan lagi keprihatinan seluruh rakyat Malaysia berbekal semangat 1Malaysia, yang berdiri teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Ahmad Shabery berkata ia juga akan menyerlah penghargaan seluruh rakyat kepada anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam mempertahan negara tercinta di Lahad Datu, Sabah sekali gus mengajak semua masyarakat menghayati nilai kedaulatan negara untuk sama-sama dipertahan. "Ini julung kali Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan perlawanan amal antarabangsa seumpama ini, ia diharap dapat menjadi satu usaha berterusan dalam membantu inisiatif keamanan, bukan sahaja untuk negara tapi juga buat keamanan di peringkat antarabangsa," katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan logo acara perlawanan itu yang bertema "Voices of Malaysia, Match For Hope" di bilik mesyuarat bangunan Kementerian Belia dan Sukan di sini.

Acara anjuran kementerian dengan kerjasama Majlis Sukan Negara, yang ditauliah Persatuan Bola Sepak Malaysia itu, bermula pada 8.45 malam dan jualan tiket grandstand RM150, terrace RM20 dan kanak-kanak RM10 diurus Ticket Hotline, Wisma FAM Kelana Jaya.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia, di ranking 159, bertemu Palestin, di ranking 153, ialah pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2011, yang berakhir dengan keputusan Palestin menewaskan Malaysia 4-3. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan