Dua Pemain Harimau Muda A Jadi Pilihan Kelab Ryukyu

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KELAB Divisyen 3 Jepun, Ryukyu FC semakin menghampiri impiannya untuk mendapatkan dua pemain dari skuad Harimau Muda A dalam tempoh terdekat ini.

Pengurus Besar kelab tersebut, Kaneko Tatsuhito yang turut berada di Kuala Lumpur sejak beberapa lalu menolak untuk mengumumkan nama-nama pemain tersebut.

"Keputusan akan dibuat secepat mungkin. Buat masa sekarang saya tidak boleh memberitahu siapa pemain yang terpilih. Ia juga msih dalam perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Tetapi apa yang saya boleh tekankan, memang dua orang pemain telah menjadi pilihan kami," jelasnya kepada media selepas majlis Program Harimau Muda A Ke Slovakia, Selasa malam.

Menurut Tatsuhito, pemain-pemain tersebut sememangnya mempuyai ciri-ciri yang dikehendaki kelabnya.

"Mereka mempunyai semangat, saiz fizikal serta beberapa ciri lain yang menepati kemahuan kami.

"Walaupun kini kami bermain dengan divisyen tiga, tetapi saya yakin mereka mampu membantu kami untuk mara ke divisyen yang lebih baik kelak," tambahnya.

Sementara itu, ketua jurulatih negara, Ong Kim Swee gembira dengan perkembangan ini dan berharap ia dapat di putuskan sebelum mereka berangkat ke Slovakia pada Ahad ini.

"Ia sesuatu peluang yang baik kepada perkembangan bola sepak negara, serta pemain-pemain itu sendiri.

"Dalam masa terdekat ini, saya yakin nama dua pemain tersebut akan diumumkan.

"Cuma saya berharap sekiranya tawaran tersebut berjalan lancar, saya tidak mahu ada lagi isu pemain balik ke sini sebelum tamat kontrak seperti mana yang berlaku sebelum ini.

"Kami akan menyediakan beberapa garis panduan yang lebih ketat dengan klausa-klausa tertentu bagi memastikan situasi tersebut tidak berulang," jelasnya.

Sebelum ini, dua pemain negara yang beraksi bersama kelab di Portugal, Muhamad Nazmi Faiz Mansor dan Ahmad Fakri Shaari pulang ke negara sebelum tamat kontrak di atas sebab-sebab tertentu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan