Ferguson Enggan Bersalam Dengan Saya: Rafa

Diterbitkan: Selasa, 12 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Benitez (kanan) mendakwa Ferguson menolak untuk bersalam dengannya sebelum perlawanan bermula.
Benitez (kanan) mendakwa Ferguson menolak untuk bersalam dengannya sebelum perlawanan bermula.

PENGURUS Chelsea, Rafael Benitez menuduh Sir Alex Ferguson menolak untuk berjabat tangan sebelum perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris awal pagi Isnin.

Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 selepas Chelsea ketinggalan dua gol pada babak pertama permainan.

Namun The Blues bangkit menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua sekaligus mengikat kedudukan hingga ke wisel penamat.

Menurut Benitez, sebelum perlawanan, dia menunggu Ferguson tetapi pengurus Scotland itu hanya berjalan terus di depannya.

"Saya menunggu sebelum perlawanan bermula.

"Saya tahu ramai orang yang akan melihat kami dan saya tahu apa yang perlu dilakukan," jelas Benitez.

Angin Ferguson dilihat agak tidak elok sejak tewas dalam aksi Liga Juara-Juara (CL) minggu lalu kepada Real Madrid sehingga menimbulkan kontroversi kerana tidak menghadiri sidang media selepas perlawanan.

"Tanya dia, jika kamu berani," jelas Benitez kepada media.

Namun ketika media menanyakan soalan kepada dia tidak bersalam dengan Ferguson selepas perlawanan, Benitez menjawab: " Selepas habis perlawanan saya teruja meraikan keputusan bersama pemain-pemain saya."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan