Legenda EPL Sertai Standard Chartered EPL Football Malaysia Cup 2013

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peminat tempatan berpeluang menyaksikan kehebatan legenda bola sepak Eropah 'European Player Legend' (EPL) bermain di sini, menerusi kejohanan Standard Chartered EPL Football Malaysia Cup tahun ini.

Kejohanan itu dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 21 April ini membabitkan pemain legenda dari kelab terbesar di Eropah seperti Manchester United, Liverpool, EPL All Stars dan The Malaysia Legends.

Penganjur kejohanan dalam satu kenyataan di sini hari ini, menyenaraikan David James, Robbie Fowler, Steve McManaman dan Dietmar Hamann (Liverpool); Andy Cole, Lee Sharpe dan Ronnie Johnson (Manchester United) serta Dennis Wise, Franck Leboeuf dan Tore Andre Flo (EPL All Star) antara pemain yang bakal beraksi.

Selain itu, peminat juga berpeluang mendapatkan autograf pemain menerusi Karnival Bola Sepak Jalanan yang diadakan sebelum perlawanan bermula pada pukul 3 petang.

Orang ramai boleh membeli tiket menerusi Air Asia Redtix (redtix.airasia.com) bermula Ahad ini dengan harga dari RM18 hingga RM198.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan