Tiket Percuma Perlawanan Kedah-KL Pada Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 7 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan memberi tiket percuma kepada orang ramai bagi menyaksikan perlawanan Liga Perdana antara Kedah dan Kuala Lumpur di Stadium Darulaman, di sini, malam Jumaat.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Presiden KFA.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohamad Helmi Mohamad Khalid dalam satu kenyataan berkata tiket percuma ini boleh didapati di kaunter tiket Stadium Darulaman bermula pukul 5.30 petang Jumaat.

Katanya pemberian tiket percuma ini bagi menghargai sokongan dan dokongan peminat setia pasukan Hijau Kuning serta mahu merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk merakyatkan sukan bola sepak di negeri ini.

"Kita juga mahu mengimbau kembali nostalgia persaingan dramatik antara pasukan Kedah dan Kuala Lumpur pada perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1987, 1988 dan 1989," katanya.

Mohamad Helmi berkata tiket percuma ini juga bersempena sambutan ulang tahun kelima kerajaan negeri sekarang menerajui Kedah sejak 8 Mac 2008.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan