Liga Juara-Juara: Beckham Hanya Jadi Pemanas Bangku

Diterbitkan: Khamis, 7 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beckham hanya menjadi pemerhati pada aksi bertemu Valencia awal pagi Khamis.
Beckham hanya menjadi pemerhati pada aksi bertemu Valencia awal pagi Khamis.

BEKAS penyerang England, David Beckham hanya menjadi pemanas bangku simpanan ketika pasukan yang barunya, Paris St Germain (PSG) meraikan kemenangan secara agregat 3-2 pada aksi pusingan kedua Liga Juara-Juara (CL) bertemu Valencia awal pagi Khamis.

Pengurus pasukan , Carlo Ancelotti tidak memasukan Beckham walapun bekas pemain Manchester United itu mula memanaskan badan pada minit terakhir separuh masa pertama.

Namun Beckham tidak dimasukkan sehingga separuh masa babak kedua, lebih-lebih lagi selepas Valencia membuka jaringan pertama dan pertukaran pemain Kevin Gameiro menggantikan Thiago Motta.

"Saya teragak-agak sama ada untuk memasukan Beckham ataupun Gameiro tetapi saya lebih suka Gameiro kerana dia lebih mempunyai tenaga yang luar biasa dan meletakkan Chantome sebagai pemain tengah," jelas Ancelotti.

Beckham mula mempunyai penampilan CL pada musim 1994-95 dan ini merupakan kelab keempat dia beraksi selepas United, Real Madrid dan AC Milan.

Sejak bersama PSG, Beckham telah beraksi sebanyak tiga perlawanan termasuk membantu menjulang trofi Piala Perancis dengan menewaskan Marseille 2-0.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan