Kita Mesti Menang Bertemu Yemen - Subahan

Diterbitkan: Khamis, 7 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal optimis pasukannya mampu mempamerkan persembahan terbaik menjelang perlawanan Kelayakan Piala Konferasi Asia (AFC) 2015 pada 22 Mac ini.

Jelasnya pusingan kelayakan ini amat penting dan pasukan kebangsaan perlu menang sekaligus mampu mengutip mata.

“Kami patut menang pada perlawanan ini dan saya jangkakan pasukan akan menang dan bukannya seri.

“Ini sahaja peluang besar untuk menang kerana selepas itu kita akan berdepan dengan pasukan yang lebih kuat seperti Bahrain dan Qatar yang masing-masing tahu pencapaian mereka dalam sukan bola sepak Asia,” katanya kepada media selepas sidang media Jelajah Pra Musim Chelsea ke Malaysia Julai.

Subahan berkata, menjelang perlawana itu, skuad kebangsaan juga akan menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan Arab Saudi pada 17 Mac ini.

“Bertemu pasukan Arab Saudi merupakan satu persediaan yang baik sebelum menentang Yemen. Sekurang –kurangnya pemain-pemain menyesuaikan diri sebelum aksi kelayakan itu.

Sementara itu, Subahan juga turut mengulas mengenai pemilihan kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi yang sebelum ini timbul sedikit isu kerana mengetepikannya daripada skuad Harimau Malaya.

Badhri atau lebih dikenali Piya bakal menyerata 27 pemain lain menyertai latihan pusat bagi persiapan kelayakan Piala AFC ini.

“Sebenarnya kami pernah memanggil Piya pada tahun 2010 untuk menyertai kem kebangsaan tetapi ketika itu dia tidak dapat bersama baharu sahaja membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia.

“Jadi tidak pernah timbul perasaan pilih kasih terhadap pemain dan kita sedia maklum mengenai kewibawaannya bersama Kelantan.

“Kita memilih pemain berdasarkan tahap professional dan bukan sekadar nama. Mereka menerima gaji profesional dan kami mengharapkan aksi pofesional mereka.

“Apa yang penting bagi kami adalah semangat mereka berjuang dan kepada mereka yang ada ciri-ciri ini, mereka akan dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

“Piya akan diuji terlebih dahulu dalam aksi perlawanan persahabatan dan sekiranya dia memuaskan ketua jurulatih, tidak mustahil peluang dia untuk berada dalam senarai kesebelasan utama ada di situ,” jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan