Sir Alex Jadi Tak Keruan Selepas United Tewas 1-2 Ditangan Real Madrid

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alex Ferguson
Alex Ferguson

PENGURUS Manchester United Sir Alex Ferguson menjadi tidak keruan selepas pasukannya tewas 1-2 di tangan Real Madrid sehingga memaksa Penolong Pengurus Mike Phelan mengantikannya pada sidang akhbar pasca perlawanan awal pagi tadi.

Gol kemenangan jaringan bekas anak didikan Ferguson sendiri iaitu Cristiano Ronaldo kembali menghantuinya dan layangan kad merah ke atas pemain sayap, Nani pada minit ke-56, memastikan United tersingkir dari kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.

Dengan kemenangan agregat 3-2 itu (perlawanan pusingan pertama seri 1-1), Madrid kini melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

"Pengurus kami Sir Alex Ferguson kini berada dalam keadaan yang tidak keruan...sebab itulah anda dapati saya berada di sini di hadapan anda," kata Phelan.

Menurut Phelan lagi, United menguasai permainan sehingga perlawanan bertukar arah sebaik sahaja Nani dilayangkan kad merah.

Perlawanan klasik awal pagi tadi juga menyaksikan Ferguson menguggurkan Wayne Rooney di bangku simpanan.

Dan sebaik sahaja Nani dilayangkan kad merah, Ferguson terus meluru ke arah pembantu pengadil dan kemudian ke tepi garisan padang sambil menjerit ke arah pengadil Turki, Cuneyt Cakir.

Pemain-pemain United kemudiannya meluru ke arah pengadil untuk memprotes dan Rio Ferdinand dilihat secara sarkastik menepuk tangan di hadapan muka pengadil itu.

“Bagaimanapun tidak ada apa yang harus dimalukan dengan persembahan kami pada malam ini dan kami masih mempunyai Piala FA dan Liga untuk direbuti," ujar Phelan.

Gol tunggal United muncul dari jaringan sendiri oleh Sergio Ramos.

Manakala gol pertama United dijaringkan oleh bekas pemain Tottenham, Luka Modric pada minit ke-66 sebelum Ronaldo menjaringkan gol kemenangan tiga minit kemudian.

Sebagai tanda hormat kepada bekas kelabnya itu, Ronaldo enggan meraikan gol jaringan tersebut walaupun dikerumuni oleh rakan-rakan sepasukannya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan