'Saya Gembira Dipanggil Sertai Harimau Malaya' - Piya

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: "Saya gembira apabila dipanggil untuk menyertai Harimau Malaya," kata ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi atau Piya.

Mohd Badri berkata, penantiannya untuk menyertai kem kebangsaan, tamat apabila diberitahu namanya tersenarai dalam 27 pemain pilihan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen pada 22 Mac.

Bagaimanapun, Mohd Badri yang berasal dari Kota Bharu berkata, walaupun dipanggil untuk menjalani latihan, namun beliau tidak dapat mengesahkan kedudukannya sebagai pemain dalam kesebelasan utama pasukan.

"Semua pemain mahu menyertai skuad kebangsaan termasuk saya. Ini adalah peluang terbaik untuk saya membuktikan kemampuan selain membalas kepercayaan yang diberikan itu," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau yang cukup bersedia untuk memberikan persembahan terbaik itu turut menghargai kepercayaan Rajagobal untuk beliau beraksi di peringkat antarabangsa.

"Apa yang saya boleh janjikan, hanya persembahan terbaik sekiranya dapat beraksi ketika perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi 17 Mac ini dan itu adalah ujian pertama saya," katanya.

Akhbar pada Rabu melaporkan arkitek utama Kelantan itu mendapat berita gembira setelah Rajagobal turut menyenaraikan beliau sebagai antara 27 pemain pilihan dan perlu melaporkan diri di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 11 Mac untuk menjalani latihan.

Kancah bola sepak negara sebelum ini kecoh apabila timbul dakwaan daripada Pengurus Pasukan Kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal yang menyatakan bahawa Mohd Badri pernah menolak tawaran untuk menyarung jersi bersama skuad kebangsaan.

Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan Mohd Badri, sebaliknya menegaskan beliau hanya dipanggil ketika perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, dua tahun lepas.

Subahan turut menyatakan, nama Piya ada dalam senarai 34 pemain bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha, 6 Februari lalu, namun terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada Mohd Amri Yahyah yang dipanggil pada saat akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan