Liga Super: T-Team Seri Tanpa Jaringan Lawan Selangor

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan kelab negeri, T-Team gagal menggunakan kesempatan bermain di laman sendiri selepas terikat seri tanpa jaringan ketika melayan Selangor dalam aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, petang Selasa.

Skuad 'The Titans' bimbingan Peter Butler melancarkan serangan bertali arus ke kubu Selangor dan mereka berpeluang membuka tirai jaringan seawal minit pertama permainan menerusi sepakan kencang Ahmad Takhiyuddin Roslan, namun berjaya ditepis keluar penjaga gawang Selangor Norazlan Razali.

Pada minit ke-46, pemain tengah T-Team itu mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol pendahuluan di kala Norazlan meninggalkan posisi beliau, namun sepakannya melewati palang gol pasukan pelawat.

Dua minit kemudian, penyerang import T-Team, George Boateng turut berpeluang menjaringkan gol namun percubaan beliau berjaya diselamatkan oleh Norazlan.

Pasukan Gergasi Merah bimbingan Irfan Bakti yang sekali sekala melakukan serangan balas berpeluang cerah untuk mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi percubaan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-50, namun berjaya dinafikan oleh penjaga gol skuad 'The Titans', Mohd Iqbal Suhaimi.

Keputusan seri tanpa jaringan tersebut kekal sehingga tiupan wisel terakhir permainan oleh pengadil, Syed Azhar Syed Kamar untuk membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Satu mata yang diraih oleh Selangor hari ini membolehkan pasukan itu memintas kedudukan wakil kelab Singapura, Lions XII di tangga ketiga Liga Super dengan 15 mata manakala T-Team kekal di kedudukan ke-10 selepas mengumpul sembilan mata.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan