FAM Lulus Pendaftaran Pemain Import Baharu Selangor

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meluluskan pendaftaran khas pemain import baharu Selangor, Peter Charappan berkuat kuasa pada Selasa.

"Pemain gantian ini akan menggunakan nombor lesen dan nombor jersi yang sama dengan pemain asal (Ramez Dayoub) seperti yang termaktub dalam Perkara 4.11.2 (viii) Peraturan Liga-M 2013-2016," demikian menurut FAM dalam satu kenyataan.

Ramez yang merupakan pemain antarabangsa Lubnan digantung seumur hidup dan didenda sebanyak US$15,000 (RM46,539) oleh Persatuan Bola Sepak Lubnan (LFA) kerana terlibat dengan skandal mengatur perlawanan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Lubnan menentang Qatar di Beirut, tahun lepas.

Perlawanan itu dimenangi Qatar dengan keputusan 1-0.

Turut dikenakan hukuman sama yang berkuat kuasa 27 Feb lepas ialah rakan senegaranya yang beraksi dengan kelab Liga Super Indonesia, Persiba Balikpapan, Mahmoud El-Ali.

Charappan, 28, dari Slovakia, membuat penampilan sulung bersama pasukan Gergasi Merah ketika perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang pasukan dari India, East Bengal, minggu lepas.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan