FAM Belum Ada Pengesahan Aksi Barcelona Di Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan sehingga kini belum ada keputusan daripada pihaknya mengenai kedatangan kelab terkemuka Eropah, Barcelona ke Malaysia Ogos ini.

Azzudddin yang ditemui selepas sidang media Jelajah Pra Musim Chelsea ke Malaysia berkata, sebelum ini FAM tidak dimaklumkan atau ada apa-apa hubungan mengenai perkara itu.

“Tetapi pada sehingga pukul 9 tadi ada seorang wakil syarikat yang mempunyai kontrak dengan Barcelona datang berbincang mengenai pasukan itu yang akan datang bermain pada 10 Ogos ini.

“Tetapi kami belum memberi sebarang ketetapan atau pengesahan mengenai tarikh itu kerana kami perlu melihat lebih terperinci dokumen yang sah.

“Saya akan membuat pengumuman pada hari lain bagi pengesahan untuk bermain,” jelasnya kepada media.

Azzuddin berkata, pihak FAM juga akan menilai kembali tarikh perlawanan yang dicadangkan tersebut.

“Kita sedia maklum 10 Ogos adalah tiga hari selepas Hari Raya Aidilfitri dan kita akan memberi cadangan balas untuk bermain dengan tarikh-tarikh yang sesuai.

“Bagaimanapun FAM tetap mengalu-alukan kedatangan mereka ke sini dan ia merupakan peluang terbaik untuk peminat-peminat negara ini berjumpa dengan pemain-pemain Barcelona,” tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan