Barcelona Sah Ke Malaysia Ogos Ini - Bola Sepak | mStar

Barcelona Sah Ke Malaysia Ogos Ini

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak gergasi dan juara liga empat kali Sepanyol, Barcelona, akan melakukan kunjungan sulung ke Malaysia pada 10 Ogos tahun ini.

Laman web rasmi kelab itu www.fcbarcelona.com melaporkan Barcelona akan berada di Kuala Lumpur selepas bermain di Shanghai (China) pada 4 Ogos dan Bangkok (Thailand) tiga hari kemudian dalam rangka lawatannya ke Asia.

Bagaimanapun, pada sidang akhbar di ibu pejabat kelab itu semalam, presiden FC Barcelona Sandro Rosell tidak menyatakan pasukan yang akan ditentang kelab itu dalam siri Jelajah Asianya.

Rosell hanya mengesahkan Barcelona akan mengadakan tiga perlawanan pertunjukan di rantau Asia, yang merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan itu untuk menghadapi musim 2013/2014.

Kelab ini, yang antara lain membariskan pemain terbaik dunia Lionel Messi, kini mendahului La Liga dengan 68 mata setelah beraksi dalam 26 perlawanan.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan