Abramovich Tidak Akan Pecat Saya: Benitez

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS sementara Chelsea, Rafael Benitez (gambar) mengakui hubungannya dengan pemilik kelab, Roman Abramovic serta pemain-pemain amat baik walaupun penyokong-penyokong kelab itu mengkritiknya.

Pengurus dari Sepanyol itu sebelum ini mengesahkan akan meninggalkan Chelsea penghujung musim ini, dijangka akan diberi satu lagi peluang untuk mengendalikan perlawanan antara West Brom Sabtu ini.

"Hubungan saya dengan pemilik kelab sangat baik. Setiap kali saya bercakap dengan Abramovic berkenaan bola sepak dan saya berpuas hati.

"Saya tahu dia mahu kemenangan. Saya berada di sini kerena kemahuan dia untuk menang dan saya akan cuba yang terbaik sehingga hari terakhir.

"Hubungan dengan yang lain juga baik. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan orang lain.

"Saya juga ada bercakap dengan Pengarah teknikalMichael Emenalo setiap hari. Dia juga turut melihat latihan.

"Kami berbincang seperti biasa dan berkongsi pengalaman mengenai bola sepak," jelasnya kepada BBC Football Focus.

Sebelum ini, laporan tersebar mengenai pertikaman lidahnya dengan kapten pasukan John Terry di bilik persalinan.

"Semua pemain menyokong seratus peratus. Hubungan saya dengan kakitangan kelab serta orang-orang di Cobham sangat baik," tambahnya.

Benitez juga turut memberi jawapan jelas sekiranya dia bakal dipecat.

"Tidak. Mereka tahu bagaimana kami bekerja dan apa yang sedang dilakukan," ujarnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan