Piala Sepanyol: Real Benam Barcelona Untuk Mara Ke Akhir

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo (kiri) diraikan oleh rakannya, Alvaro Arbeloa (kanan) apabila membuat jaringan dalam perlawanan Piala Sepanyol separuh akhir ketika menentang FC Barcelona. Foto AFP
Pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo (kiri) diraikan oleh rakannya, Alvaro Arbeloa (kanan) apabila membuat jaringan dalam perlawanan Piala Sepanyol separuh akhir ketika menentang FC Barcelona. Foto AFP

CRISTIANO RONALDO menyumbat dua gol untuk membenam Barcelona 3-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Sepanyol untuk mara ke pusingan akhir.

Kemenangan itu memberi kelebihan agregat 4-2 kepada kelab Madrid tersebut.

Ia sekaligus menyebabkan Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson dan penolongnya Mike Phelan yang menyaksikan perlawanan tersebut di Nou Camp menelan air liur memandangkan mereka akan menerima kunjungan Real minggu depan di Old Trafford dalam perlawanan kedua pusingan kalah mati Piala Juara-Juara Eropah.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan pusingan pertama.

Kemenangan tersebut akan membolehkan Jose Mourinho meneruskan tradisi pribadinya dengan memenangi piala setiap tahun walaupun usaha untuk mempertahankan kejuaraan La Liga semakin pudar.

Rafael Varane menjaringkan gol ketiga Madrid sebelum Jordi Alba menyumbat gol saguhati untuk Barca.

Sebelum itu Ronaldo membuka jaringan menerusi sepakan penalti selepas dia dijatuhkan oleh bekas rakan sepasukannya ketika di Manchester United, Gerard Pique pada minit ke-13.

Pemain Portugal itu kemudian menjaringkan gol keduanya 56 minit kemudian untuk mematikan perlawanan itu sepenuhnya.

BARCELONA: Pinto, Alves, Puyol, Pique, Alba, Xavi (Thiago 77), Busquets, Fabregas (Villa 59), Pedro (Tello 71), Messi, Iniesta.

REAL MADRID: Lopez, Arbeloa, Varane, Ramos, Coentrao, Khedira, Alonso (Essien 83), Di Maria, Ozil (Pepe 73), Ronaldo, Higuain (Callejon 69).

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan