Gambar Roberto di Matteo Dikeluarkan Dari Dinding Ikonik Chelsea

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roberto Di Matteo. Foto AP
Roberto Di Matteo. Foto AP

SUDAH jatuh ditimpa tangga. Begitulah ibarat nasib bekas pengurus Chelsea, Roberto di Matteo apabila gambarnya bersama skuad yang memenangi Piala Eropah musim lalu digantikan dengan gambar lain yang tidak memaparkan wajahnya langsung.

Akhbar Britain, The Mail, melaporkan imej di Matteo telah dikeluarkan dari dinding ikonik kelab itu di Stamford Bridge sedangkan dialah pengurus yang berjaya membawa piala tersebut ke Chelsea sedangkan lain-lain pengurus termasuk Jose Mourinho gagal melakukannya.

Di Matteo dipecat dari skuad Chelsea November tahun lalu oleh pemilik kelab itu, Roman Abramovich selepas mereka disingkirkan oleh Juventus 3-0 sekaligus mencatat sejarah sebagai penyandang juara yang pertama terkeluar dari pertandingan di peringkat kumpulan.

Pihak kelab memberi alasan, gambar gergasi ikonik itu dikeluarkan kerana di Matteo tidak lagi berkhidmat sebagai pengurus tetapi para peminat Chelsea mempersoalkan jika itulah alasannya mengapakah gambar baru yang diletakkan turut memaparkan Didier Drogba yang tidak lagi bermain itu mereka.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan