Kaji Semula Artikel 88 FAM: Anggota Gabungan Perlu Tampil Saranan - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Anggota gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus tampil dan kemukakan cadangan jika mahu Artikel 88 Statut badan itu dikaji semula.

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah artikel itu dibuat serta dilulus oleh anggota gabungan FAM, bukan atas arahan presiden, timbalan presiden atau naib presiden.

"Kalau perlu dikaji semula anggota gabungan berkenaan harus tampil dan mencadangkan supaya dapat dikaji, saya sudah maklumkan kepada jawatankuasa perundangan FAM supaya kaji semula, kalau boleh kita perhalusi saranan yang berkaitan, tetapi jangan bila kita dah tarik artikel ini sewenang-wenangnya kita nak mengutuk.

"Ini tidak akan mencerminkan kematangan sukan bola sepak, nak mengutuk senang sahaja tapi kita nak memperkemaskan lagi itu lah seelok-eloknya," titah baginda kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Program Masjid Gemilang Pahang di sini, Selasa.

Artikel 88 memperuntukkan hanya presiden dan setiausaha agung berhak menyatakan kritikan dan kilanan terhadap FAM dan struktur organisasinya.

Dalam pada itu, baginda tidak menyangkal dakwaan Tengku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor yang mengkritik mutu pengadilan di negara ini sebagai lemah.

"Memang, kita masih amatur lagi, mana yang ditegur kita boleh perkemaskan dan kaji, jangan cepat nak menghukum, saya tak berapa setuju kalau sebab teguran," titah baginda.

Sementara itu, baginda turut menyatakan sebarang teguran yang ingin dibuat harus menerusi saluran yang betul sama ada melalui surat ataupun berjumpa dengan pihak setiausaha FAM tanpa melalui media yang boleh menghangatkan keadaan.

"Saya harap sekretariat FAM dapat menerima hakikat dengan positif supaya kaji adakah teguran itu kita boleh perbetulkan," titahnya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan