Piala Presiden: Kami Masih Cari Rentak - Rusdi

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA jurulatih Piala Presiden Selangor, Rusdi Suparman mengakui pasukannya dalam proses mencari rentak dalam aksi musim ini.

Biarpun dalam lima perlawanan setakat ini pasukan Bawah 21 tahun itu masih belum tewas, namun melihat kepada keputusan sebelum ini ia agak menurun.

Bermula dengan dua kemenangan dan tiga seri ia memaksa Rusdi mengatur kembali corak permainan untuk aksi seterusnya.

"Pemain-pemain masih lagi dalam proses untuk mengenali permainan kerana ada sebahagian daripada mereka baru bermain.

"Walaupun kami kini berada di tangga keenam kedudukan liga, saya percaya sedikit masa lagi mereka akan mempamerkan mutu permainan yang lebih baik.

"Apa yang penting bagi saya, mereka kena kekalkan tahap kecergasan kerana jadual perlawanan yang padat dan dalam masa sama perlu mengelak daripada sebarang kecederaan," jelasnya kepada mStar Online.

Rusdi berkata, setakat ini pasukan Perak menunjukkan aksi konsisten dengan memenangi semua perlawanan.

"Beberapa pasukan lain kelihatan agak 'steady' dan saya harapkan selepas ini kami mampu bangkit dan mengutip mata sebanyak mungkin," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan