Man Utd Hanya Mampu Tawar Nani £90,000 Seminggu

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nani hanya ditawarkan RM425,000 seminggu.
Nani hanya ditawarkan RM425,000 seminggu.

PEMAIN SAYAP Manchester United, Nani telah dimaklumkan bahawa pengurusan kelab itu tidak mampu untuk memenuhi permintaan gaji barunya sebanyak £130,000 seminggu sebaliknya hanya bersedia untuk memberi £90,000 (RM425,000) seminggu.

Gaji baru sebanyak £90,000 seminggu itu akan dimasukkan dalam kontrak barunya nanti.

Kontrak Nani akan tamat menjelang akhir musim ini.

Jika United gagal memperolehi tandatangannya untuk kontrak baru, mereka mestilah menjualnya sebelum kontrak lama tamat.

Gagal berbuat demikian hanya akan menyebabkan kelab itu menanggung kerugian besar kerana tidak dapat mengutip hasil daripada perpindahan berkenaan.

Menurut laporan akhbar The Sun, UK, pemain sayap itu telah pun dipanggil ke meja rundingan minggu lalu dan dimaklumkan yang mereka bersedia menawarkan kontrak baru selama empat tahun tetapi dengan gaji baru sebanyak £90,000 seminggu sahaja.

Nani, 26, menyertai United pada Julai 2007 dari kelab Portugal, Sporting Lisbon pada harga perpindahan £14 juta.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan