Kami Belum Selesa - Ferguson

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alex Ferguson
Alex Ferguson

PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson masih belum berpuas hati meskipun memiliki kelebihan 12 mata selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) sebaik mengatasi Queens Park Rangers (QPR) 2-0 di Loftus Road pada Sabtu lalu.

Sehingga kini, United mengutip 68 mata ketika saingan masih berbaki 11 perlawanan dilihat jauh meninggalkan pencabar terdekat, Manchester City yang menang 2-0 ke atas Chelsea pada Ahad.

Begitupun, Ferguson enggan menganggap trofi EPL sudah berada dalam genggaman anak-anak buahnya musim ini.

"Sudah tentu saya gembira dengan kedudukan semasa kami ketika ini.

"Namun, saingan liga masih belum berakhir. Jadi hanya akan berpuas hati selepas tamat musim ini.

"Jika kami mencatat dua lagi kemenangan, ketika itu saya akan menilai semula sama ada kami mampu bergelar juara ataupun tidak," kata Ferguson.

Khidmatnya dilihat benar-benar ditagih Ferguson ketika berdepan Real nanti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi pertama di Santiago Bernabeu sebelum ini.

"Dia mungkin memerlukan beberapa hari untuk pulih sepenuhnya namun saya optimis van Persie bersedia untuk diturunkan ketika berdepan Real nanti," kata Ferguson.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan