Beckham Pamer Aksi Pertama Bersama PSG

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ibrahimovic memeluk Beckham (kiri) meraikan gol untuk PSG.
Ibrahimovic memeluk Beckham (kiri) meraikan gol untuk PSG.

DAVID Beckham menampilkan aksi pertamanya dengan Paris Saints-Germain dengan membantu pasukan itu menewaskan Marseille 2-0 pada aksi Liga Satu awal pagi Isnin.

Biarpun bekas kapten England berusia 37 tahun itu hanya tampil pada minit ke-76 permainan, dia telah menjadi punca gol kedua diperolehi apabila hantarannya kepada Jeremy Menez sempurna sebelum Zlatan Ibrahimovic melakukan sepakan tepat ke jaring sekaligus mencatat gol ke-22 musim ini.

"Pengurus pasukan menyuruh saya masuk dan mendapatkan bola. Ada sedikit tekanan pada aksi ini tetapi saya sangat teruja.

"Saya selalu terpikir akan berada di sini dan menjadi sebahagian daripada pasukan.

"Saya tidak menjadi pemain sebelas utama, dan itu saya akan berhati-hati," jelas Beckham.

Sementara itu, pengurus pasukan Carlo Ancelotti memuji aksi yang dipamerkan Beckham.

"Saya mahukan pemain yang mantap di padang. Dia telah menunjukkan kualiti dari segi hantaran, pengalaman dan taktikal yang baik," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan