Liga Europa: Liverpool Tewas Secara Agregat Kepada Zenit - Bola Sepak | mStar

Liga Europa: Liverpool Tewas Secara Agregat Kepada Zenit

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hulk menjadi pemusnah kepada pasukan Liverpool pada aksi pusingan kedua Liga Europa, Jumaat.
Hulk menjadi pemusnah kepada pasukan Liverpool pada aksi pusingan kedua Liga Europa, Jumaat.

BIARPUN menang 3-1 ke atas Zenit Saint Petersburg pada aksi pusingan kedua Liga Europa, pasukan Liverpool terpaksa melupakan hasratnya untuk meneruskan rentak dalam saingan ini selepas kekurangan gol di tempat lawan.

Zenit mara ke pusingan kelompok 16 dengan agregat 3-3 selepas mengutip kemenangan pada aksi pusingan pertama sebelum ini.

Walaupun penyerang sensasi The Reds, Luis Suarez berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-28 dan 59 serta Joe Allen (minit ke-43), namun ia belum cukup untuk memberi kemenangan kepada pasukannya.

Jaringan tuggal Hulk buat Zenit pada minit ke-19 telah mengecewakan Liverpool pada aksi ini.

Namun pengurus Liverpool, Brendan Rodgers tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dan terpaksa akur dengan kekalahan ini.

"Saya sangat berbangga dengan pemain-pemain dan kelab ini walaupun kami tewas. Mereka telah mempamerkan sebuah pasukan yang mantap.

"Kami kalah dalam perlawanan tetapi dari segi semangat persaingan, kami adalah pemenang," jelasnya.

SENARAI PEMAIN:

LIVERPOOL: Reina, Johnson, Enrique, Agger, Carragher, Lucas, Allen, Gerrard, Henderson, Downing, Suarez (Simpanan) : Gulacsi, Coates, Wisdom, Shelvey, Assaidi, Suso, Sterling.

ZENIT: Malafeev, Anyukov, Lombaerts, Neto, Hubocan, Shirokov, Semak, Denisov, Witsel, Danny, Hulk (Simpanan) Hevnov, Alves, Criscito, Rodic, Fayzulin, Bukharov, Kerzhakov.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan