SPRM Pandang Serius Kegiatan Atur Keputusan Bola Sepak

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa memandang serius kegiatan mengatur keputusan perlawanan, yang kini menjadi ancaman besar terhadap kemajuan sukan di negara ini.

Timbalan ketua pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata suruhanjaya itu meningkatkan usahanya untuk menangani isu itu kerana ia juga memberi kesan buruk terhadap masyarakat.

"Malaysia mengambil tindakan serius untuk menangani perbuatan mengatur keputusan perlawanan dan rasuah (dalam bola sepak). Kami percaya, dengan kerjasama semua pihak, terutama agensi penguatkuasaan undang-undang dan persatuan bola sepak dari seluruh dunia, kami boleh kekang masalah ini," katanya pada majlis penutupan Persidangan Bola Sepak Antarabangsa bertemakan 'Mengatur Keputusan Perlawanan: Sisi Buruk Permainan Menarik' di sini, Khamis.

Mengimbas kembali kejadian pada 1995 apabila lebih 100 pemain dan pegawai disiasat kerana terlibat dalam skandal menetapkan keputusan perlawanan di negara ini, Mohd Shukri berkata semua pihak berkenaan perlu menangani perkara ini secara proaktif.

Beliau juga memberi amaran bahawa mereka yang terlibat dengan kegiatan mengatur keputusan perlawanan tidak akan terlepas daripada dikenakan hukuman serta denda berat.

"Wang dan aset yang mereka peroleh daripada kegiatan mengatur keputusan perlawanan akan dirampas.

"Dengan ini, kami menghantar mesej jelas kepada mereka bahawa mereka akan menerima hukuman sekiranya melakukan jenayah itu," katanya.

Mengenai persidangan tersebut, Mohd Shukri berkata beliau yakin ia memberi manfaat kepada semua anggota perwakilan dalam menangani kegiatan pencegahan rasuah, di samping meluaskan kerjasama dalam kalangan agensi berkenaan dari negara peserta.

Kira-kira 150 peserta yang mewakili pelbagai pertubuhan seperti agensi penguatkuasaan dan persatuan bola sepak kebangsaan dari 40 negara, menghadiri persidangan anjuran Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa, dengan kerjasama Persekutuan Bola Sepak Asia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan