Padang Bola Sepak Rumput Tiruan Pertama Di Malaysia Sedia Diguna

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Negeri Sembilan kini boleh berbangga kerana menjadi negeri pertama memiliki padang bola sepak rumput tiruan di negara ini setelah rumput tiruan jenis 'fieldturf' siap dipasang di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata padang bola sepak rumput tiruan bertaraf antarabangsa itu, melengkapkan lagi kemudahan sedia ada di kompleks itu untuk orang ramai bersukan dan beriadah.

"Kos untuk membina padang rumput tiruan ini berjumlah RM2.5 juta. Padang bola sepak rumput tiruan ini akan dibuka untuk kegunaan orang ramai mulai 1 Mac ini," katanya kepada pemberita di sini,Selasa.

Beliau berkata padang rumput tiruan yang diguna itu telah mendapat akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan sesuai diguna untuk pertandingan antarabangsa.

Mohamad berkata kos penyelenggaraan padang rumput tiruan itu lebih murah berbanding padang rumput asli.

"Padang yang kita bangunkan ini mempunyai tahap kepudaran yang rendah iaitu 15 tahun penggunaannya, cuma lima peratus kepudaran dikesan dan boleh digunakan dalam apa juga keadaan cuaca, sama ada panas atau hujan," katanya.

Kompleks Belia dan Sukan Paroi menyediakan kemudahan pelbagai jenis sukan secara komprehensif dan dianggap yang terbaik untuk dijadikan model di negara ini.

Antara kemudahan sukan yang disediakan di kompleks itu ialah ruang kepada umum untuk aktiviti sukan luar dan dalam bangunan seperti padang bola sepak, futsal, badminton, tenis, ping pong, sepak takraw, boling padang dan snuker.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan