FIFA Minta Semua Pihak Perangi Rasuah Dan Mengatur Perlawanan

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggesa semua pihak relevan supaya bekerja bersama-sama dalam membanteras kegiatan mengatur perlawanan dan rasuah yang menimbulkan masalah serius kepada dunia sukan itu.

Dalam membuat gesaan itu, Pengarah Keselamatan FIFA, Ralf Mutschke berkata kerjasama semua pihak adalah penting dalam menangani isu-isu itu yang telah menjadi ancaman utama kepada integriti sukan itu.

"Semua yang kita lakukan (dalam bola sepak) mesti telus dan keputusan yang diambil mesti memberi manfaat kepada pasukan dan yang paling penting mereka yang terbabit perlu dikenakan hukuman sewajar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bertema: "Mengatur Perlawanan: Sisi Hodoh Perlawanan Yang Cantik' sempena Persidangan Bola Sepak Antarabangsa, di sini, Rabu.

Mutschke berkata badan induk bola sepak dunia itu harus menangani masalah itu secara proaktif termasuk melaksanakan inisiatif latihan dan pendidikan sebagai pelengkap kepada penglibatan aktif agensi penguatkuasaan dan masyarakat.

Beliau berkata FIFA telah berganding bahu dengan agensi polis antarabangsa (Interpol) tahun lepas bagi melaksanakan insiatif integriti yang menyeluruh bagi menangani isu-isu tersebut.

Menurutnya penjenayah terancang telah mensasarkan perlawanan untuk tujuan pertaruhan, sekali gus memusnahkan integriti dan imej sukan itu.

Sementara itu, Pemangku Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Zhang Jilong meminta semua pihak berkepentingan dalam dunia bola sepak Asia supaya bekerjasama rapat bagi menangani kebimbangan bersama mengenai gejala mengatur keputusan perlawanan.

Semasa berucap pada persidangan itu, beliau berkata AFC sedang bekerjasama rapat dengan ahli gabungannya dan FIFA dalam menangani isu-isu yang menjadi ancaman utama kepada bola sepak global.

"Kita perlu mengakui gejala mengatur perlawanan adalah bahaya sebenar kepada nilai-nilai etika bola sepak dan perlu dihapuskan bagi memelihara keagungan sukan itu.

"Saya boleh memberi jaminan pada persidangan ini bahawa AFC tidak akan berdiam diri sehingga wabak ini dihapuskan sepenuhnya di rantau Asia," katanya.

Hampir 150 perwakilan daripada pelbagai agensi penguatkuasaan dan persatuan bola sepak kebangsaan menghadiri persidangan dua hari itu.

Persidangan tersebut dianjurkan bersama FIFA dan Interpol dengan sokongan AFC dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan