AC Milan Kejutkan Barcelona - Bola Sepak | mStar

AC Milan Kejutkan Barcelona

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain Milan meraikan kejayaan mereka menundukkan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.
Pemain Milan meraikan kejayaan mereka menundukkan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

MILAN: Kelab Itali, AC Milan mengejutkan juara bertahan Barcelona 2-0 dalam perlawanan pertama peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara yang berlangsung di Stadium San Siro, Milan, Itali pada awal pagi Khamis.

Ac Milan kini mempunyai bekalan selesa untuk beraksi pada perlawanan kedua di Nou Camp selepas pemain Ghana Kevin-Prince Boateng dan Sulley Muntari masing-masing menjaringkan satu gol.

Ia merupakan kemenangan berharga AC Milan ke atas Barcelona selepas kali terakhir mereka berjaya menundukkan Barcelona 2-0 di Nou Camp dalam perlawanan sama 13 tahun lalu.

Kelab gergasi Sepanyol itu perlu menang dengan tiga gol pada pusingan kedua sekiranya ingin melangkah ke pusingan suku akhir.

Pemain pertahanan Barca, Gerard Pique dilayangkan kad kuning selepas mengadu Christian Zapata telah menyentuh bola untuk membantu jaringan Boateng.

Muntari menjaringkan gol pertama pada aksi Liga Juara-Juara musim ini.

Pemain bintang Barca, Lionel Messi sukar memecah kebuntuan apabila pergerakannya dirantai tiga hingga empat pemain tuan rumah.

Barca nyaris menjaringkan gol pertama tetapi Messi gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Barisan Pemain:

AC Milan: AC Milan: Abbiati, Abate, Mexes, Zapata, Constant, Ambrosini, Montolivo, Muntari, Boateng, Pazzini, El Shaarawy. Pemain gantian: Amelia, De Sciglio, Traore, Niang, Bojan, Cristante, Yepes.

Barcelona: Valdes, Dani Alves, Pique, Puyol, Jordi Alba, Xavi, Busquets, Fabregas, Pedro, Messi, Iniesta. Pemain gantian: Pinto, Sanchez, Thiago, Mascherano, Montoya, Song, Tello.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan