Liga Juara-Juara: Bayern Tewaskan Arsenal 3-1

Diterbitkan: Rabu, 20 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain-pemain Bayern meraikan kemenangan selepas menewaskan Arsenal 3-1 pada aksi Liga Juara-Juara, Rabu.
Pemain-pemain Bayern meraikan kemenangan selepas menewaskan Arsenal 3-1 pada aksi Liga Juara-Juara, Rabu.

JURULATIH Bayern Munich, Jupp Heynckes tetap berwaspada biarpun berjaya menundukkan Arsenal 3-1 pada aksi kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara (CL) awal pagi Rabu.

Barisan pemain-pemainnya menmapilkan aksi luar biasa sejak Oktober lalu dan turut mencatat rekod tanpa kalah dalam 19 perlawanan keseluruhan.

Pada aksi awal pagi ini, Bayern mengekalkan rekod bersih dan hanya keciciran tujuh gol dalam 22 aksi Bundesliga musim ini.

Pada aksi timbal balik bulan depan, Heynckes yakin anak-anak buahnya mampu mengekalkan momentum ini, tetapi tetap berwaspada dengan The Gunners.

"Arsenal merupakan sebuah pasukan yang bagus dan kami mengambil berat mengenai perlawanan kedua nanti," jelasnya yang bakal menyerahkan tugasnya kepada Pep Guardiola musim depan.

Gol-gol Bayern dilakukan oleh Toni Kross (m-7), Thomas Mueller (m-21) dan gol lewat ketiga dari Mario Mandzukic minit ke-77.

Manakala gol saguhati Arsenal dijaringkan oleh Thomas sPodolski minit ke-55.

Sementara itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui perlawanan menentang Bayern lebih sukar berbanding dengan pasukan lain.

"Kami bermain dengan pasukan yang mempunyai kelas tersendiri. Mereka bermain lebih baik dari kami pada separuh masa pertama.

"Mereka mempunyai kualiti dan terlalu komited. Tahniah buat mereka.

"Kami sangat realistik, dan aksi kedua nanti bakal menyaksikan perlawanan lebih rumit tetapi kami akan mencuba sebaik mungkin.

"Kami perlu menghadapinya dan bermain seperti di laman sendiri dan mencari peluang untuk mencarikan gol," jelasnya.

SENARAI PEMAIN:

Arsenal: Szczęsny, Sagna, Mertesacker, Vermaelen, Koscielny, Arteta, Wilshere, Walcott, Ramsey, Santi Cazorla, Podolski. (Simpanan): Mannone, Jenkinson, Diaby, Rosický, Oxlade-Chamberlain, Coquelin, Giroud.

Bayern: Neuer, Dante, Van Buyten, Lahm, Ribéry, Javi Martínez, T. Müller, Alaba, Schweinsteiger, Kroos, Mandžukić. (Simpanan): Starke, Rafinha, Robben, Shaqiri, Luiz Gustavo, Tymoshchuk, Gomez.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan