FAM Belum Terima Laporan Pemain Pasukan Liga Perdana Diugut Bookie - Azzuddin

Diterbitkan: Rabu, 20 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum menerima laporan daripada sebuah pasukan Liga Perdana mengenai dakwaan seorang daripada pemain mereka diugut bookie supaya tidak turun beraksi Jumaat lepas.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata pasukan berkenaan yang enggan mendedahkan identiti mereka dikatakan membuat laporan mengenai ancaman itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

"Kami akan menyelidik perkara ini dengan lebih terperinci untuk mengenal pasti (kesahihan laporan berkenaan).

"Setakat ini, saya tidak menerima apa-apa laporan mengenai ugutan itu namun kami (FAM) akan menghubungi agensi penguatkuasaan terlibat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dakwaan itu," katanya ketika ditemui pemberita pada persidangan bola sepak antarabangsa bertemakan 'Match Fixing: The Ugly Side of the Beautiful Game' di sini, Rabu.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan pemain itu yang juga bekas pemain kebangsaan dikatakan hanya diletak di bangku simpanan oleh ketua jurulatih pasukan berkenaan selepas mendakwa menerima ugutan daripada bookie.

Pada masa sama, Azzuddin turut mengingatkan mana-mana pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia supaya melaporkan kes ugutan sedemikian kepada badan induk bola sepak kebangsaan itu dan bukan hanya agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan polis.

Mengenai persidangan itu, Azzuddin memuji langkah yang dilakukan Polis Antarabangsa (Interpol) selaku penganjur persidangan, dalam memberi kesedaran kepada pihak berkepentingan dalam bola sepak mengenai gejala mengatur perlawanan dalam bola sepak.

Persidangan dua hari itu dihadiri hampir 150 perwakilan dari 40 negara, yang mewakili pelbagai pihak berkepentingan dalam bola sepak seperti persatuan bola sepak kebangsaan dan agensi penguatkuasaan.

Penganjuran persidangan yang turut mendapat kerjasama SPRM dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu bermatlamat meningkatkan pengetahuan mengenai ancaman mengatur perlawanan dan kesannya kepada sesebuah negara.

Turut hadir Pemangku Presiden AFC Zhang Jilong dan Setiausaha Agungnya Datuk Alex Soosay. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan