Butler Mula Risau Dengan Kelibat Penyerang Import, Folan - Bola Sepak | mStar

Butler Mula Risau Dengan Kelibat Penyerang Import, Folan

Diterbitkan: Rabu, 20 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Ketandusan jaringan penyerang import Caleb Colman Folan dalam saingan Liga Super musim ini amat menggusarkan ketua jurulatih T-Team, Peter Butler.

Selepas tujuh perlawanan, Folan masih gagal menemui sentuhan jaringan sehingga Butler terpaksa memberi teguran dan peringatan kepada pemain berusia 30 tahun itu supaya bertindak segera.

"Selepas tujuh perlawanan, pemain itu kurang berkeyakinan. Saya harap beliau boleh melakukan jaringan bagi memulihkan semangat dan keyakinan pasukan," kata Butler merangkap pengurus pasukan kelab negeri itu di sini, Rabu.

Prestasi pasukan tersebut mula menampakkan kemerosotan apabila hanya mencapai satu kemenangan dan terpaksa menghuni tangga ke-11 dalam carta kedudukan.

T-Team hanya mencatatkan lima jaringan sepanjang tujuh perlawanan.

Butler berkata, pasukan itu mengalami masalah kekurangan penyerang dan usaha memburu gol terletak di bahu Folan.

Beliau menegaskan bekas pemain kelab dari England itu, yang beraksi antara lain kelab Leeds United dan Middlesborough, perlu bangkit dan membuktikan kewibawaannya pada perlawanan menentang Negeri Sembilan, Jumaat ini.

Butler bagaimanapun sudah boleh menarik nafas lega dengan kehadiran semula tonggak pertahanan Mohd Nuraliff Zainal Abidin pada perlawanan menentang Negeri Sembilan di Paroi nanti.

Sebelum ini, Mohd Nuraliff mengalami kecederaan di bahagian kepala semasa menentang pasukan Johor Darul Takzim baru-baru ini.

Butler berharap dengan kehadiran pemain itu, pasukan T-Team akan lebih mantap dan seterusnya berjaya menundukan Negeri Sembilan nanti. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan