Man United Mara Ke Suku Akhir Piala FA

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Pemain Manchester United, Nani menjaringkan gol kemenangan United dalam perlawanan menentang Reading. Perlawanan berkesudahan dengan United menang 2-1 ke atas Reading
Pemain Manchester United, Nani menjaringkan gol kemenangan United dalam perlawanan menentang Reading. Perlawanan berkesudahan dengan United menang 2-1 ke atas Reading

MANCHESTER: Dua jaringan Nani dan Javier Hernandez dalam tempoh tiga minit pada separuh masa kedua berjaya melayakkan Manchester United untuk mara ke suku akhir Piala FA selepas menundukkan Reading 2-1.

United mengawal perlawanan sejak dari awal permainan bagaimanapun penyudah yang lemah menyebabkan Man United terus ketandusan gol sehingga Nani memecah kebuntuan pada minit ke-69.

Tiga minit kemudian, Hernandez menanduk masuk hasil sepakan lintang Nani untuk meletakkan Man United dalam kedudukan selamat. Bagaimanapun, Jobi McAnuff berjaya menjaringkan gol tunggal Reading pada minit ke-82.

United bakal berdepan Chelsea atau Middlesbrough pada perlawanan suku akhir. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan