Piala FA: Selangor Muncul Pasukan Pertama Tempah Tiket Suku Akhir

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Selangor menampilkan persembahan bertenaga sebelum muncul pasukan pertama melangkah ke suku akhir Piala FA 2013 dengan mengetepikan Sabah 3-0 pada pertemuan pusingan kedua di Stadium Likas, di sini, Selasa.

Pemain import dari Liberia, Francis Forkey Doe, menjadi wira pasukan Selangor apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-47, hasil sepakan percuma Solihin Kanasian di luar kotak penalti.

Penyerang berusia 27 tahun itu kemudian menambah gol peribadi kedua pada minit ke-87 selepas menyudahkan lontaran Mohd Raimi Mohd Nor bagi menewaskan penjaga gol Sabah, Shahril Sa'ari.

Terdahulu itu, gol kedua Selangor diperoleh oleh Mohd Raimi pada minit ke-52.

Dalam saingan suku akhir nanti, Selangor akan bertemu pemenang antara Kedah dan Johor Darul Takzim pada 26 Feb ini.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti berkata secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun terdapat beberapa pemain yang tidak menunjukkan aksi memberangsangkan.

"Saya cuma sasar kemenangan 1-0 kerana ini merupakan perlawanan kalah mati bagi membolehkan Selangor dapat layak ke pusingan seterusnya tetapi apabila berjaya jaring tiga gol, ini sudah cukup membanggakan kepada pasukan," katanya. -- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan