Shahidan Serah Kepada Peguam Selesai Isu Pertuduhan FAM

Diterbitkan: Sabtu, 9 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim menyerahkan kepada peguam bagi menyelesaikan isu tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata urusan tersebut diserahkan kepada peguam kerana beliau perlu menyelesaikan perkara yang lebih penting membabitkan pembayaran gaji pemain singa utara itu.

"Saya sibuk cari duit bagi membayar gaji pemain dan saya tidak ada masa untuk melayan FAM sebab gaji pemain, mereka (FAM) tak tolong bayar," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, Jumaat.

Sebelum ini, Jawatankuasa Tatatertib FAM memberi tempoh sehingga tengah hari Jumaat untuk Shahidan menyerahkan surat tunjuk sebab berhubung tiga pertuduhan terhadapnya.

Pada 1 Februari lepas, FAM menghantar surat mengandungi tiga pertuduhan terhadap Shahidan mengikut Artikel 88 Statut FAM yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama, Shahidan berdepan tindakan amaran keras, denda maksimum RM50,000 serta hukuman lain ditentukan Jawatankuasa Tatatertib mengikut Kod Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran mengikut Artikel 88 Status FAM.

Untuk pertuduhan kedua, beliau berdepan tindakan gantung keahlian minimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 susulan penyiaran artikel sama dengan mempunyai niat menghina atau mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej mana-mana pegawai FAM.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, Shahidan melalui artikel sama dituduh membuat kenyataan bercanggah, mempertikai, mempersoal atau fakta yang diberikan tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan badan persatuan mengikut Artikel 20 Statut FAM 2010-2014.

Bagi pertuduhan itu, beliau berdepan hukuman gantung keahlian enam bulan dan denda RM8,000.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abd Razak ketika dihubungi, tidak dapat mengesahkan sama ada pihaknya telah menerima surat daripada Shahidan.

"Saya tidak dapat buat pengesahan kerana pegawai kita tiada di pejabat kerana terpaksa bertugas di luar buat seketika," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan