AFC Tingkat Usaha Perangi Rasuah & Mengatur Perlawanan Bola Sepak

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) akan menganjurkan persidangan mengenai gejala mengatur perlawanan dan rasuah dalam bola sepak pada 20 hingga 21 Februari.

Persidangan dua hari anjuran bersama Fifa dan Interpol itu dijangka hangat berikutan pendedahan Europol, yang menyatakan gejala rasuah berleluasa dalam bola sepak dan meliputi perlawanan di hampir semua benua.

Setiausaha Agung AFC Datuk Alex Soosay berkata beliau memberi perhatian terhadap laporan yang keluarkan Europol baru-baru ini mengenai gejala mengatur perlawanan bola sepak dan menyatakan sokongan persekutuan dalam menyiasat kegiatan tidak bermoral itu.

"Kami akan meningkatkan usaha dalam memerangi kegiatan mengatur perlawanan dan rasuah dalam bola sepak dan proaktif dalam menganjurkan inisiatif ke arah itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Persidangan bertemakan 'Interpol International Conference - Match Fixing: The Ugly Side of the Beautiful Game', akan melihat penyertaan daripada anggota persatuan AFC, kerajaan, industri pertaruhan dan pihak penguatkuasa undang-undang.

Persidangan itu akan memberi tumpuan kepada latihan, pendidikan dan inisiatif pencegahan gejala itu.

Menurut Europol, kegiatan mengatur perlawanan berlaku di 15 negara dan sehingga kini, 50 orang telah ditahan. Perlawanan yang dikatakan terlibat termasuk Piala Dunia dan kelayakan Piala Eropah.

Secara keseluruhan 380 perlawanan di seluruh dunia kini dalam siasatan melibatkan 425 pegawai perlawanan, pegawai kelab, pemain dan penjenayah.

Mengenai isu mengatur perlawanan, Alex berkata: "Walaupun setakat ini AFC tidak dihubungi secara rasmi oleh mana-mana pertubuhan, kami memberi sokongan penuh kepada institusi dalam memerangi kegiatan mengatur perlawanan dan pertaruhan haram dalam bola sepak.

"AFC tidak akan bertolak ansur dengan amalan tidak beretika dalam bola sepak dan kami bertekad untuk memerangi sebarang perkara luar biasa dan tidak terhad kepada mengatur perlawanan, rasuah dan pertaruhan haram dalam perlawanan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan