Siasatan Kes Atur Perlawanan Liga Juara-Juara Di England Tidak Disedari FA

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MISTERI menyelubungi siasatan polis Eropah terhadap kes mengatur perlawanan Liga Juara-Juara di England terus meruncing selepas Persatuan Bola Sepak England (FA) dan Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) tidak menyedari mengenai skandal tersebut.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Kesatuan Eropah (Europol) Rob Wainwright berkata, perlawanan Liga Juara-Juara yang berlangsung dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu antara 380 perlawanan yang dalam siasatan polis.

Wainwright enggan mendedahkan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di England yang terlibat kerana sedang melalui proses mahkamah dan FA perlu dimaklumkan mengenai perkara itu.

Jurucakap Persatuan Bola Sepak berkata: "FA tidak menyedari sebarang laporan mengenai wujud kesangsian dalam jadual Liga Juara-Juara di England malah tiada maklumat dikongsi dengan kami.

Difahamkan UEFA juga tidak menyedari siasatan dilakukan terhadap siasatan Liga Juara-Juara di England.

Jurucakap Europol berkata, dia enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya sama ada FA atau UEFA telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Pegawai penyiasat memberitahu bahawa sindiket jenayah di Asia menjadi dalang skandal mengatur 380 perlawanan Piala Dunia dan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara serta beberapa perlawanan terkemuka di Eropah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan