Owen Terlepas Hukuman FA

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Owen
Michael Owen

PENYERANG Stoke City, Michael Owen tidak dikenakan sebarang hukuman oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) selepas dia didapati bertindak ke atas pemain Arsenal Mikel Arteta yang sebelum itu terlebih dahulu mengkasarinya.

Dalam perlawanan itu, pasukannya tewas 0-1 kepada Arsenal, Sabtu lalu.

Bekas penyerang England berusia 33 tahun itu yang diturunkan bagi menggantikan Geoff Cameron pada minit ke-84, dilihat menyerang Arteta dari arah belakang selepas berang kerana dikasari oleh kapten Arsenal itu.

Namun pengadil Chris Foy yang melihat insiden itu tidak mengambil sebarang tindakan sehingga memaksa FA meneliti semula insiden tersebut.

Foy menghadiahkan sepakan percuma kepada Arsenal tetapi tidak menghukum Owen sama ada melayangkan kad kuning atau kad merah.

Pengurus Stoke, Tony Pulis berkata, terjahan Arteta tidak begitu teruk dan Owen tidak seharusnya bertindak sedemikian.

Arteta memberitahu mereka telah memohon maaf antara satu sama lain sebaik selesai perlawanan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan