Gerrard Pemain Terbaik England 2012

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Steven Gerrard
Steven Gerrard

LONDON: Bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris, Steven Gerrard pada Isnin diumumkan sebagai pemain terbaik England 2012 selepas menerima lebih 40 peratus undian daripada peminat, menurut Persatuan Bola Sepak England (FA).

Penyerang Liverpool yang berusia 32 tahun itu berjaya mengenepikan pencabar terdekat Danny Welbeck dan Ashley Cole bagi merangkul anugerah tersebut.

Kapten pasukan England itu mencatat sejarah sebagai pemain keenam skuad bola sepak negara itu selepas membuat penampilan ke-100 ketika bertemu Sweden, November lalu.

“Saya masih cergas dan mahu beraksi pada perlawanan seterusnya. Setiap kali menyarung jersi England, itu adalah saat yang membanggakan,” katanya.

Gerrard menyertai pemain tengah Chelsea, Frank Lampard dan penyerang Manchester United Wayne Rooney yang pernah merangkul anugerah itu sebanyak dua kali.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan