Terengganu Miliki Padang Sintetik Pertama di Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 3 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu menjadi negeri pertama memiliki padang bola sepak sintetik atau padang rumput tiruan bernilai RM1.1 juta yang telahpun siap dibina di Kampung Tok Jiring, dekat sini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata saiz keluasan padang tersebut menepati piawaian minimum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk perlawanan bertaraf antarabangsa.

"Ini adalah antara projek peringkat awal. Sekiranya berjaya, kami harap semua padang sekolah dan awam di negara ini dapat diganti dengan padang sintetik secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas melawat padang sintetik tersebut di sini, Ahad.

Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), kerajaan telah menyediakan peruntukkan RM50 juta bagi membina dua buah padang bola sepak sintetik di setiap negeri dengan setiap satu menelan kos antara RM1.1 dan RM1.7 juta.

Ahmad Shabery berkata walaupun kos pembinaan padang sintetik lebih mahal berbanding padang rumput biasa sekitar RM500,000 setiap satu namun ia tahan lasak sehingga 10 tahun dan mampu menjimatkan kos penyelenggaraan.

Projek di Tok Jiring dalam Parlimen Kuala Nerus ini adalah yang pertama di mana beberapa lagi padang sedemikian kini dibina di seluruh negara yang akan menyaksikan model baharu kepada pembangunan bola sepak negara. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan