Shahidan Letak Jawatan Dalam Dua Jawatankuasa Kecil FAM

Diterbitkan: Sabtu, 2 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menerima surat pertuduhan daripada badan induk itu mendakwa beliau membuat kenyataan kepada media yang menyentuh kepimpinan FAM.

Beliau menerima surat itu pada Jumaat, yang memintanya mengemukakan surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya.

Shahidan, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Perlis, berkata beliau tidak akan menjawab surat itu sebaliknya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai anggota jawatankuasa kewangan dan anggota jawatankuasa bola sepak wanita FAM.

"Saya juga berhasrat untuk meletak jawatan sebagai Presiden PFA, tetapi buat masa ini, saya perlu menjadi penasihat kepada persatuan tersebut untuk membantu mencari wang bagi membayar gaji pemain dalam skuad negeri sekarang.

"Keputusan muktamad mengenai perkara ini (peletakan jawatan) akan diumumkan beberapa hari lagi," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan