Jangan Campur Urusan Pilihan Pemain - Subahan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang luar tidak perlu masuk campur urusan pemilihan pemain sebaliknya perlu memberi kebebasan kepada ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal menentukan barisan skuad Harimau Malaya, demikian tegas pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal.

Beliau berkata Rajagobal tahu apa yang dilakukanya kerana beliau lebih mengetahui kemampuan pemain yang dipilih untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

"Saya fikir tidak perlu diwujudkan kembali jawatankuasa pemilihan pemain dalam memastikan ketepatan dalam pemilihan pemain kerana ia hanya membataskan kreativiti jurulatih," katanya.

Beliau diminta mengulas cadangan pengkritik sukan negara, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim agar jawatankuasa pemilihan dibentuk semula bagi memastikan ketepatan dalam pemilihan pemain bagi menghadapi perlawanan antarabangsa.

Subahan percaya Rajagobal telah membuat keputusan yang tepat dalam menyenarai 25 pemain bagi menghadapi Qatar pada perlawanan sulung kelayakan Piala Asia 2015 di Doha pada 6 Februari ini.

"Pemain sendiri mahupun pihak luar tidak wajar mempersoal keputusan jurulatih kerana beliau lebih mengetahui pasukan bimbingannya. Sebenarnya tidak timbul istilah 'anak emas' dalam pemilihan pemain skuad kebangsaan sebaliknya semua pemain diberi peluang sama rata.

"Malah, pemain yang disebut tidak pernah diberi peluang pun pernah kita panggil cuma beliau menolak tawaran atas sebab tertentu," katanya mengulas mengenai isu pemilihan pemain oleh Rajagobal yang disifatkan berat sebelah.

Subahan berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sendiri telah menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada Rajagobal untuk membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mantap.

Isu pemilihan pemain dalam skuad Harimau Malaya hangat diperkatakan apabila Rajagobal tidak menyenarai pemain lebih berkeupayaan seperti pemain tengah Kelantan, Mohd Badhri Radzi dan Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang kini beraksi di kelab S.C. Beira-Mar serta Ahmad Fakri Saarani yang kini bersama Atletico Sport Clube Reguengos, masing-masing di Portugal. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan