David Beckham: Tidak Mahu Gaji Tidak Mahu Apa, Hanya Bola dan Trofi

Diterbitkan: Jumaat, 1 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Beckham (tengah), bersama Presiden PSG Nasser Al-Khelaifi (kiri) and Pengarah Sukan, Leonardo selepas sidang media pengumuman bintang bola sepak itu menyertai pasukan berkenaan.
David Beckham (tengah), bersama Presiden PSG Nasser Al-Khelaifi (kiri) and Pengarah Sukan, Leonardo selepas sidang media pengumuman bintang bola sepak itu menyertai pasukan berkenaan.

DAVID BECKHAM berdiri di atas pentas utama stadium Parc des Princes di pinggir kota Paris sambil memegang jersi pasukan terbarunya PSG dengan berlatar belakangkan kata-kata yang tertulis "Revons Plus Grand" yang bermaksud ‘dream bigger’.

Ia adalah motto terbaru kelab Paris Saint-Germain, yang kini bukan lagi milik Perancis tetapi Sheikh Arab dari Timur Tengah.

Beckham telah sampai ke peringkat di mana dia tidak lagi mengejar wang ringgit, gaji besar atau imbuhan luar biasa tetapi hanya ingin bermain bola dan mencipta sejarah demi sejarah.

Dia menyertai kelab terbarunya PSG untuk tempoh lima bulan sahaja tanpa mengambil walau sesen pun gaji sebaliknya kesemua pendapatannya itu disalurkan ke sebuah pertubuhan kebajikan kanak-kanak di Paris.

Beckham, walaupun telah berusia 37 tahun iaitu umur persaraan bagi kebanyakan pemain profesional masih dahagakan kejayaan dan keseronokan bermain bola dan mimpi serta impiannya itu sedia dipenuhi oleh PSG yang berkongsi semangat dan hasrat yang serupa.

Tapi kelab mana yang tidak mahu Beckham. Sebaik sahaja kontraknya selama lima setengah tahun tamat bersama juara Amerika LA Galaxy, 11 buah kelab dari China, Amerika Selatan, Arab, Eropah dan Amerika berbaris panjang menghulurkan kontrak mega untuk seorang yang sepatutnya bersara dari bolasepak.

Rasanya belum ada dalam sejarah dunia, seorang bekas pemain antarabangsa yang sudah hampir mencecah umur 40 tahun menjadi rebutan begitu banyak kelab di dunia.

Apa yang mereka mahu dari pemain bernama Beckham ini? Kemahsyuran kerana pernah dikaitkan dengan bintang ini agaknya. Kalau bukan itu apa lagi?

Dia adalah lelaki yang telah memenangi enam kejuaraan liga bersama Manchester United, satu bersama Real Madrid dan dua bersama kelab terakhirnya iaitu LA Galaxy.

Keunikan Beckham ialah, dia sendiri mahu mahu terus mencatat sejarah. Mungkin juga menulis semula sejarah pencapaian bolasepak untuk seorang individu bernama 'pemain'.

Beckham mahu menulis semula sejarah sebagai pemain Inggeris pertama untuk memenangi empat kejuaraan liga bersama empat kelab yang berlainan di empat negara yang berlainan.

Mengapa tidak. PSG kini sedang mendahului liga perdana Perancis dan lima bulan lagi apabila segala-galanya selesai, sejarah baru akan tercipta.

Dan PSG, sebuah kelab yang hanya ditubuhkan pada 1970, boleh memenuhi impiannya itu.

Malah di sebuah negara yang begitu bangga dengan bahasa mereka sendiri, sanggup bertoleransi dengan Beckham yang bercakap Inggeris sepanjang berlangsungnya sidang akhbar mengenai pengumumannya menyertai PSG.

Satu-satunya perkataan Perancis yang diucapkannya ialah 'bonjour’. Tetapi semua wartawan tempatan yang seringkali sangat 'hostile' ke atas tetamu yang enggan bertutur dalam bahasa mereka sanggup mendengar tutur kata Beckham dalam bahasa Inggeris tanpa bantah.

Sebaliknya mereka 'memaksa' diri untuk mendengar kata-katanya.

“Maaf...kali terakhir saya bertutur dalam bahasa Perancis ialah ketika di sekolah...kini saya perlu kembali ke sekolah untuk fasih dalam bahasa ini.

“Tetapi biarlah saya katakan di sini terlebih dahulu bahawa ini adalah tempoh yang paling mengujakan dalam karier bolasepak saya.

"Saya sebenarnya bertuah.Bertuah kerana saya masih menerima tawaran daripada begitu banyak kelab sebaik sahaja kontrak saya bersama Galaxy tamat hujung tahun lalu.

"Dalam sejarah karier saya, saya tidak pernah menerima sebegitu banyak tawaran sepertimana hari ini. Saya berasa sangat dihargai dan terharu...malah saya juga telah menerima tawaran daripada beberapa kelab Liga Perdana Inggeris tetapi saya masih berpegang kepada janji saya dahulu yang saya tidak akan kembali ke Liga Perdana Inggeris melainkan ia adalah untuk Manchester United.

“Tetapi saya memilih PSG kerana saya dapat melihat dengan jelas apa yang ingin dicapai oleh kelab ini," jelas Beckham.

Ditanya, jika itulah sebabnya jadi mengapakah dia menolak dua kali pelawaan daripada PSG sebelum ini, Beckham menjawab, ketika tawaran itu dibuat, dia masih belum selesai misinya bersama LA Galaxy.

Tetapi kata Beckham hubungan baiknya dengan Pengarah Bolasepak PSG, Leonardo yang juga merupakan bekas pengurusnya ketika bermain secara pinjaman di AC Milan dua musim dahulu kembali membawanya ke PSG.

Walaupun Beckham menegaskan yang dia dan pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi berkongsi banyak persamaan dari segi visi dan matlamat jangka panjang tetapi bekas kapten pasukan England itu memaklumkan yang komitmennya dengan kelab Paris itu buat masa ini hanyalah untuk jangka pendek.

"Ya kami berkongsi visi yang sama tetapi buat masa ini komitmen saya adalah untuk tempoh lima bulan sahaja dan untuk jangka panjang, kami tidak memberi sebarang komitmen lagi,"ujarnya.

Ditanya mengenai perasaannya akan berganding bahu dengan Zlatan Ibrahimovic yang kini merupakan bintang besar PSG, Beckham berkata pemain Sweden itu adalah seorang profesional yang sangat-sangat komited tentang kariernya dan juga bolasepak sambil menambah "dia lebih besar dari saya dari segi saiz jadi mungkin saya tidak akan mengambil sepakan percuma."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan