David Beckham Kini Berlatih Bersama Skuad Arsenal

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL mengesahkan yang bintang bolasepak dunia, David Beckham, 37, kini sedang menjalani latihan untuk tempoh tiga minggu bersama kelab itu tetapi menafikan mereka dalam proses untuk mendapatkan tanda tangannya.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, Beckham sendiri telah menelefonnya baru-baru ini menyatakan hasratnya untuk turun berlatih bersama skuad utama kelab itu.

"Tujuannya hanya satu iaitu untuk terus kekal cergas sementara menunggu masa yang sesuai untuk dia menentukan masa depan bolasepaknya.

"Saya menerima permintaannya untuk turun berlatih bersama skuad kami kerana dia adalah seorang profesional yang tulin dan kehadirannya memberi impak positif kepada pemain-pemain muda Arsenal kerana mereka memandang tinggi akan komitmennya ke atas bolasepak," ujar Wenger.

Bekas kapten England itu mula turun berlatih bersama skuad utama Arsenal pada pagi Selasa dengan menyarung baju panas latihan bernombor 29 iaitu nombor jersi yang pernah dipakai oleh Marouane Chamakh yang kini sedang dalam pinjaman ke West Ham.

Wenger menambah: “Jika anda tengok dia berlatih, anda akan dengan segera berkata yang dia adalah seorang yang sangat fantastik. Selepas latihan tamat dia masih berada di atas padang bersama-sama pemain muda menurunkan apa juga ilmu yang ada kepada mereka dan itulah antara sebab mengapa saya menerimanya untuk berlatih bersama kami."

Beckham kini adalah pemain bebas selepas kontrak lima setengah tahunnya bersama kelab Amerika, LA Galaxy tamat bulan lalu.

Ketika bersama LA, Beckham telah memenangi dua kejuaraan liga kebangsaan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan